Friday, May 15, 2009

Aneka Pilihan Pekerjaan Untuk Anda - Amin Hazyq

Harga : RM 20.00
Nota : Buku ini sesuai kepada Ibu bapa yang ingin membantu anak memilih kerjaya.




Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Buku ini amat sesuai kepada semua ibu bapa. Dialam persekolahan, kita sering bertukar cita-cita walaupun kurang arif mengenai kerjaya yang dipilih. Disamping itu, kita juga tidak mengambil kira bakat yang ada.

Bagi saya bakat bermaksud satu perkara yang kita lakukan ia dilaksanakan dengan mudah. Manakala minat pula bermaksud satu perkara yang dilakukan kerana kita suka dan gembira melakukannya. Minat boleh berubah-ubah manakala bakat adalah anugerah tuhan dan ianya bersifat tetap.

Bagi seseorang yang memilih kerjaya kerana minat, maka bersedialah untuk bekerja keras. Lebih malang lagi jika dengan kerja keras itu masih gagal menjadikan kita yang terbaik. Ini adalah kerana bakat memainkan peranan yang lebih besar.

Saranan saya kepada ibu bapa, mereka perlu melihat bakat anak dan menjadikan ia satu keutamaan dalam memilih kerjaya kerana setelah melalui tempoh sukar pasti minat si anak akan luntur dan berubah-ubah. Apabila kita dapat menentukan bakat mereka maka tanamkan minat terhadap perkara tersebut. Sebagai contoh, jika anak kita memiliki bakat melukis maka bidang yang sesuai dipilih adalah fine art, pelukis, arkitek, pereka fesyen, pereka hiasan dalaman, kartunis dan lain-lain. Dengan itu, adalah menjadi tugas kita sebagai ibu bapa dalam menyediakan maklumat berkaitan kerjaya yang bersesuaian dengan si anak.

Disinilah buku ini sangat berguna kepada kita sebagai ibu bapa. Terdapat lebih dari 100 kerjaya, akauntan, peguam, hakim, ahli ekonomi, pakar pemakanan, ahli sains forensik, ahli optometri, penyelam, pakar kardiologi, dan banyak lagi. Semua kerjaya disusun mengikut abjad dan disertakan dengan latar belakang pekerjaan, tugasan utama, personaliti sesuai, kelayakan akademik dan anggaran gaji.
Saya percaya setiap insan mempunyai bakat yang unik. Cuma yang menjadikan mereka benar-benar berjaya adalah bakat yang disulami minat. Maka, sebagai ibu bapa adalah menjadi satu tanggungjawab dalam memantau, menyediakan maklumat dan membantu anak dalam memilih kerjaya yang bersesuaian dengan bakat mereka.

Ingat, membentuk minat anak lebih mudah sekiranya kita bijak menanganinya.

No comments:

Post a Comment