Tuesday, May 26, 2009

FIQH KEUTAMAAN , Prof. Dr. Yusuf Abdullah Al-Qardhawi

Tajuk : FIQH AL-AWLAWIYYAT (Fiqh Keutamaan) Satu kajian Baru dari Perspektif Al-Quran Dan Al-Sunnah.

Harga : RM 20.00
Catatan : Buku ini sangat sesuai kepada semua lapisan masyarakat terutama yang ingin memahami ibadah yang harus diutamakan dalam kehidupan seharian. Secara asasnya, setiap perkara dinilai dengan tahap-tahap keutamaan. Kurangnya pemahaman terhadap fiqh keutamaan menyebabkan kita melakuan perkara yang kurang utama berbanding yang lebih utama. Sebagai contoh kita diwajibkan mengerjakan ibadah haji hanya sekali dan sekiranya mengulanginya maka hukumnya sunat. Sekiranya kita memahami fiqh keutamaan harta yang digunakan untuk menunaikan ibadah haji kali kedua boleh digunakan kepada perkara yang lebih perlu seperti dakwah dan fisabilillah.
Fiqh Al-Awlawiyyat mendedahkan kepada generasi Islam akan perkara-perkara apakah yang patut diletakkan pada tangga pertama, diberi keutamaan dan keistimewaan serta hal-hal apakah yang seharusnya diletakkan sebaliknya dan dilakukan kemudian.
Kegagalan mengetahui kaedah-kaedah tersebut akan mengakibatkan tindakan-tindakan menjadi tidak teratur dan tersusun rapi, sehingga memperlambatkan ummah untuk mencapai matlamat yang dicita-citakan.
Umat Islam mesti bijak dan pintar menyusun perancangan kerja dengan efektif dan berkesan selari dengan tuntutan fiqh keutamaan dan prioriti kerja sesuai dengan pedoman dan panduan yang telah digariskan oleh Rasulullah s.a.w.
Oleh itu, perkara-perkara kecil, remeh-temeh dan pinggiran tidak seharusnya dibesar-besarkan kerana ia akan manghambat gerak perjuangan.
Tiba masanya bagi ummah untuk melepaskan semua bentuk perselisihan pinggiran di antara sesama sendiri. Sebaliknya berganding bahu dan berkerjasama untuk menyambut era kebangkitan dan kegemilangan Islam sebagai satu-satunya "Addin" (cara hidup) yang paling sesuai untuk kebaikan dan kebahagiaan seluruh insan di planet bumi ini.



No comments:

Post a Comment